Saturday, June 27, 2009

permulaan

hehehe...korang semua pastinya pelik dengan kehadiran aku dan image yang baru nih...
kali ini aku hadir dengan cara baru disebabkan dah banyak blog aku baca (lebih dari satu jer).. apa maksud aku pada blog yang bertajuk "kehidupan yang sentiasa berbeza", ia merujuk kepada kehidupan setiap manusia yang sememangnya mempunyai perbezaan dalam sudut gembira, sedih, atau kecewa...
so kat sini aku nak berkongsi mungkin aper yang aku hadapi nih kamu semua boleh dapat input yang berguna...

untuk hari pertama aku ingin mengisi ruang kosong dalam blog nih aku nak cerita kan apa yang berlaku pada aku pada cuti semester aku nih...

kali nih aku xder aktiviti yang biasanya rutin untuk cuti semester aku, mungkin kamu semua tak tahu aper yang dimaksudkan dengan aktiviti rutin aku, aktiviti yang aku maksudkan ialah ke kem di mana aku berkhidmat sebagai seorag anggota askar wataniah..dan tambahan untuk tension aku nih ialah bile semua rancangan aku gagal dilaksanakan seperti perancangan aku sebelum cuti...
aku telah merancang dimana kakak aku akan menyerahkan keretanya pada aku semasa cuti semester ini dan dengan adenya kereta tuu boleh la aku nih menghadiri kelas tambahan untuk latihan silat aku...itu pon disebabkan keperluan aku untuk grading bulan lapan nih tapi nampaknye semua nya telah berubah bila kakak aku cakap dier tak dapat nak pinjamkan kereta nya di atas sebab yang tak dapat dielakkan...

dan disebabkan itu aku buat keputusan nak blah laa dari kolej sebab dah takder aper aku nak buat kat situ..tambahan aku semakin rase sedey sebab tengok orang sume balik dengan hati yang girang 'oooo..balik kampung..oooo...balik kampung' lagu sudirman lak tuu yang aku terdegar sayu jer kat telinga....huhuhuhu...sedeynye...
tetapi ader gak laa yang sudi teman aku iaitu budak umah aku sebab dier nih ader report kene antar..tambahan dier pinjam laptop aku laa sebab laptop dier ilang kene kebas..dalam umah lak tuu kene...nasib laa aku punye selamat sebab kaki aku dan segala wire yang ader pada laptop berserabut, kire cam kaki aku pown dah jadi USB tuk laptop aku..huhu..
bagi mengisi mase dan ketensionan yang melanda aku ngan member aku nih blah kan diri kitorang sementara waktu dari kolej nih dengan pergi menonton citer TRANSFORMERS REVENGE OF THE FALLEN....best gak citer nih sebab banyak giler action dan suspens yang ditontonkan skali..
sehari selepas aku tengok citer best tuu aku membuat keputusan untuk balik gak ke umah mak aku kire same jer dengan umah aku sebab aku nih memang takder umah pown...
so aku balik umah melepakkan diri dengan kebuntuan yang melanda aku
p/s:jangan biarkan diri anda diselubungi kebuntuan~~~